Saturday, February 2, 2013

Gaya Muslimah hari ini

Gaya Muslimahku hari ini:



  1. Blouse waka-waka yang longgar dan labuh (Royal Blue)
  2. Palazzo extra lebar (Maroon)
  3. Inner (Royal Pink)
  4. Tudung i-rish XL (Blue+Purple)
  5. Wedges 2.5 inch (Black) with socks
Nampaknya ada unsur colour block di situ...

Friday, February 1, 2013

Wednesday, January 30, 2013

Teman baru

Ku lamar sebuah Sony Walkman buat peneman dikala sunyi. RM159 untuk 2GB. Harap ia setia menemaniku semasa suka dan dukaku

Monday, January 28, 2013

Airmata lagi

Airmataku gugur lagi. Entah ke berapa kalinya tanpa alasan logik

Sunday, January 27, 2013

Hari bekerjaku..

Hari bekerja macam biasa. Cuma perasaanku sahaja yang selalu luarbiasa, seperti api dalam sekam. Ini pandangan dari tingkap pejabatku. Macam tak percaya kan?

Saturday, January 26, 2013

Review #1: Simple Moisturizing Facial Wash

Salam.. Review produk yang no #1. Segala kesilapan amatlah dikesali (sebab first time :)



Beli kat : Guardian
Harga : RM20++
Kandungan : 150ml

Pendapat aku:
Aku sebenarnya ada hubungan benci-tapi-cinta dengan barisan produk Simple ni (cerita lama). Tapi kali ni aku jatuh cinta pada yang ini, sebab aku sebenarnya memilih dia daripada Dermalogica Ultracalming Cleanser atas alasan kewangan. Kebetulan botol kedua Dermalogica tu dah habis (dan tidak memberi impak yang besar kepada kulit kering ini walaupun kos besar), aku terpaksa berpaling tadah kepada Simple semula. Pertama, boleh guna air paip untuk basuh muka masa mandi (cik Dermalogica kena pakai air suam, malas..). Kedua, lepas basuh takde rasa ketat pada muka dan buih pun macam tak bersisa kat kulit (cik D pun rasa lembut je kulit tapi macam tak bersih bila kena air). Ketiga, kulit tak kering dan kurang bersisik. Rasanya lepas ni akan tukar range produk Dermalogica kepada Simple (kecuali Dermalogica Ultracalming Serum Concentrate tu memang best sangat!). Selamat sikit kewangan bulan ni..

Nota kuku: Duit lebih boleh sedekah kat masjid atau insan yang memerlukan..

Abaya pilihanku..

Salam. Ya, abaya pilihanku. Aku rasa lebih tenang bila berabaya. Tiada rasa ragu-ragu adakah aku telah menutup aurat dengan betul. Semoga ku tetap istiqomah. Ya Allah, permudahkan jalanku menuju keredhaan-Mu. Amin... 

Nota kuku: Gambar kurang berkualiti kerana diambil menggunakan DVcam.. Mokcik takde kamera DSLR muncung-14-inci, tak mampu mokcik. Kalau ade pun x reti guna :)